BM | EN | 中文

PENGASINGAN OPERASI BAS ZON TIMUR DAN ZON BARAT DI TERMINAL BAS JB SENTRAL

Majlis-Bandaraya-Johor-Bahru-MBJB.png
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 12 NOV : Bermula 17 November ini, kawasan menunggu dan menaikkan penumpang bas henti-henti akan berpindah ke Jalan Jim Quee, di sini bagi destinasi Zon Barat.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A Rahman berkata, manakala bagi destinasi Zon Timur akan kekal di dalam Terminal Bas Johor Bahru (JB) Sentral.

Advertisement

“Destinasi hentian bagi Jalan Jim Quee iaitu Bahagian Zon Barat adalah membabitkan Taman Perling, Taman Tun Aminah, Taman Selesa Jaya, Taman Universiti dan Taman Nesa.

“Selain itu, Taman Teratai, Kangkar Pulai, Taman Pulai Indah, Gelang Patah, Seelong, Ulu Tebrau, Taman Puteri, Kulai dan Senai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, destinasi hentian di dalam Terminal iaitu Bahagian Zon Timur adalah melibatkan Terminal Larkin, KSL, Bandar Baru Uda, Taman Cempaka, Kempas, Permas Jaya dan Legoland.

Advertisement

“Selain itu, Kota Iskandar, Johor Premium Outlet, Pengerang, Senai Airport, Masai, Kota Masai, Pasir Gudang, Ulu Tiram dan Kota Tinggi,” katanya.

JohorKini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top