BM | EN | 中文

Pengarah, syarikat import daging bakal didakwa hari ini

mahkamah-johor-bahru.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 APR: Sebuah syarikat pengimport daging sejuk beku dan pengarahnya yang dipercayai terbabit dalam kes kartel daging, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Maklumat mengenainya diperoleh menerusi jemputan media Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang diedarkan semalam.

Lapor Berita Harian, syarikat sejuk beku itu bersama dua pengarahnya masing-masing bakal berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barang larangan.

Advertisement

Pada 9 Februari lalu, sebuah syarikat bersama dua pengarah dan pengurusnya, didakwa di Mahkamah Sesyen atas 21 pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu serta tanpa kelulusan untuk membekalkan daging sejuk beku, awal Disember lalu.

Pada 2 Disember tahun lalu, media melaporkan mengenai kewujudan kartel dipercayai menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina hingga menimbulkan kemarahan masyarakat Islam negara ini.

Kartel berkenaan dikatakan membungkus semula daging itu menggunakan logo halal sebelum menjualnya ke pasaran seluruh negara sebelum terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, di sini.

Advertisement

Kegiatan itu dipercayai dijalankan sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi membuat label dan cap palsu yang ditampal pada kotak daging dibungkus semula sebelum dijual di pasaran tempatan sebagai daging halal.

Johrokini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top