BM | EN | 中文

Pengarah syarikat didakwa tipu peguam RM9 juta libat pelaburan projek pembangunan di Johor

Mahkamah-Kuala-Lumpur.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas pertuduhan menipu seorang peguam berhubung pelaburan antaranya berkaitan pembangunan hartanah di Johor membabitkan kerugian RM9 juta, pada 2014.

Sarwan Singh Kundan Singh, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang kini telah diisytiharkan muflis didakwa menipu Aminah Faudzar, 56, dengan memperdayakannya bahawa wang RM9 juta yang diserahkannya akan digunakan untuk tujuan perlombongan, perniagaan restoran dan projek pembangunan Medini Square di Johor Bahru.

Advertisement

Sarwan Singh didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Kadir, Khoo dan Aminah, Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, antara 31 Mac hingga 2 Jun 2014, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Khairiyah Shamsudin menawarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin mengambil kira jumlah kerugian berjumlah RM9 juta, namun peguam Datuk V Manokaran yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya telah muflis dan tidak mampu membayar jaminan tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM75,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali sehingga kes selesai.

Advertisement

Mahkamah menetapkan 4 Mei untuk sebutan semula kes.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top