BM | EN | 中文

Pengangkutan disedia bawa ibu mengandung, warga emas dan kanak-kanak dari Singapura

R.-Vidyananthan.jpg

Vidyananthan (tengah) turun padang membuat tinjauan di Bangunan Sultan Iskandar (CIQ) Johor Bahru

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 MEI: Kerajaan menyediakan pengangkutan untuk membawa pulang kira-kira 50 warganegara Malaysia yang terdiri daripada ibu mengandung, warga emas, kanak-kanak dan golongan kelainan upaya (OKU) pulang dari Singapura melalui Tambak Johor.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, ia dilakukan melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia.

Katanya, fokus kerajaan pada masa ini adalah untuk membantu sebaik mungkin warganegara Malaysia yang mempunyai kesulitan sama ada di Singapura atau di negara-negara lain untuk kembali ke Malaysia.

Advertisement

“Ia dapat dilaksanakan kerana kita mempunyai persefahaman dan kerjasama yang baik dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan Singapura.

“Tidak sekadar itu, agensi-agensi dan petugas barisan hadapan ini juga telah melakukan tugas lebih daripada sepatutnya termasuk menguruskan permintaan mereka yang pulang dari Singapura atas sebab ingin melawat kematian keluarga di Malaysia,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, agensi dan petugas barisan hadapan sanggup menguruskan permohonan mereka yang masih dalam tempoh kuarantin untuk melawat kematian ahli keluarga dan dalam masa yang sama perlu terus mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP).

Advertisement

Ini termasuk menyediakan pengangkutan, Peralatan Perlindungan Diri (PPE), menghantar, merancang perjalanan, pertukaran pusat kuarantin dan pelbagai langkah keselamatan yang lain.

“Terdapat kes, petugas-petugas ini menghantar mereka melawat kematian ahli keluarga sehingga ke negeri-negeri di utara semenanjung,” kata Vidyananthan.

Justeru itu katanya kerajaan negeri amat menghargai peranan kakitangan barisan hadapan yang bukan sahaja komited dengan tugas dan tanggungjawab sedia ada bahkan juga telah memberikan perkhidmatan melebihi daripada apa yang dituntut.

Advertisement

“Ia termasuk bertolak ansur serta memahami situasi mereka yang menjalani tempoh kuarantin dan pada masa yang sama, menghadapi musibah keluarga,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top