BM | EN | 中文

Pengangguran di Johor pada tahap membimbangkan

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.jpg

Nor Hayati Bachok, Adun Maharani

Advertisement

MUAR, 24 JUL: Kadar penggangguran di negeri kini pada tahap membimbangkan, kata Adun Maharani, Nor Hayati Bachok.

Katanya kerajaan perlu mengambil langkah lebih efektif dalam membantu golongan tersebut agar mereka mampu mendapatkan semula perkerjaan mereka.

Katanya, kebimbangan itu wajar kerana ia turut membabitkan ahli keluarga dan ruang bagi masalah sosial lebih terbuka akibat kesempitan dan tekanan hidup yang dialami.

Advertisement

“Kenyataan dikeluarkan Menteri Sumber Manusia baru-baru dalam Dewan Rakyat yang menyatakan kadar pengangguran di negara ini semakin meningkat dan ia mengundang kebimbangan.

“Kerajaan negeri harus memikirkan dengan segera langkah yang perlu diambil bagi menyelamatkan golongan ini dari terus tercicir dalam mencari pendapatan harian mereka.

“Sekiranya kerajaan mengambil ringan pastinya golongan ini akan terbiar dan ini turut dibimbangi menimbulkan gejala sosial atau jenayah di kalangan masyarakat dan keluarga,” ujarnya.

Advertisement

Beliau yang merupakan Ketua Angkatan Wanita Amanah (AWAN) negeri Johor turut mencadangkan agar kerajaan segera menubuhkan ‘task force’ bagi menangani permasalahn yang berlaku ini.

Dalam pada itu Adun Perling, Cheo Yee How berkata, kerajaan perlu menyasarkan bantuan sokongan bagi golongan tersebut sebagai insiatif kerajaan untuk memastikan punca pendapatan rakyat tidak terjejas akibat COVID-19.

“Kita mahu kerajaan memastikan golongan ini menerima bantuan selayaknya bukan berbentuk material sahaja malah bantuan dari segi sokongan untuk mendapatkan perkerjaan.

Advertisement

“Kerajaan boleh juga mencari sektor-sektor industri yang memerlukan tenaga kerja bagi membuka peluang kepada mereka yang kehilangan kerja.

“Selain itu, bantuan kepada peniaga-peniaga kecil yang turut terjejas perlu disasarkan agar mereka tidak tercicir dari bantuan yang disediakan.
“Fokus harus diberikan kepada mereka yang teruk terkesan akibat COVID-19 ini.

“Kita akui memang tugas kerajaan agak berat dalam memikul tanggungjawab ini. Namun sekiranya kerajaan benar-benar ingin membantu rakyat perkara ini perlu dititik beratkan,” katanya.

Advertisement

Beliau menambah, penyaluran bantuan kerajaan sebelum ini dilihat kurang efektif berikutan masih terdapat golongan yang mengalami masalah kehilangan pendapatan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top