BM | EN | 中文

Penganggur ditahan SPRM Johor, dipercayai minta wang tabung bencana COVID-19

SPRM-MACC.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang penganggur kerana dipercayai meminta dan menerima wang berkaitan sumbangan Tabung Bencana COVID-19.

Menurut sumber, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di Bukit Kempas, di sini, kira-kira pukul 5 petang semalam bagi membantu siasatan sedang dijalankan.

Hasil siasatan mendapati suspek meminta dan menerima wang berjumlah RM350 berkaitan sumbangan Tabung Bencana COVID-19, yang mana jika sumbangan tidak diberikan, suspek akan membawa pegawai daripada Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen untuk membuat operasi di kedai peniaga yang mempunyai pekerja warga asing.

Advertisement

Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top