BM | EN | 中文

Penganggur didakwa bunuh ibu, bapa kandung dirujuk ke Hospital Permai di Tampoi

tukul-hakim-Mahkamah.jpg
Advertisement

KUALA LIPIS, 15 OKT: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh ibu dan bapa kandungnya, minggu lalu.

Tertuduh Ahmad Flafizuddin Mohammad, 31, mengangguk faham terhadap pertuduhan ketika dibacakan di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh bapanya Mohammad Maasai, 68, dan ibunya Zailan Zainudin, 64, di sebuah rumah di Kampung Kemahang Benta, di sini antara 11 malam hingga 12 tengah malam pada 4 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding berkenaan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh memohon agar tertuduh dirujuk ke hospital, bagi menjalani pemeriksaan psikiatri untuk menilai tahap kesihatan mentalnya.

Advertisement

Berikutan itu Siti Aisyah membenarkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai di Tampoi, Johor bagi menjalani pemeriksaan dan menetapkan 11 Nov untuk sebutan semula kes.

Media sebelum mi melaporkan, sepasang suami isteri warga emas maul dipercayai ditetak anak lelaki mereka dengan menggunakan parang dan kejadian didakwa berlaku selepas lelaki itu berbual bersama bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top