BM | EN | 中文

Penganggur dicekup hina polis di Facebook

PhotoGrid_1587123203611.jpg

Tangkapan layar status dimuatnaik lelaki berkenaan di Facebooknya (blurkn nama fb suspek)

Advertisement

KOTA TINGGI, 17 APRIL : Seorang lelaki berumur 38 tahun berjaya ditahan hari ini susulan tindakannya memuatnaik kenyataan dan status jelek dan menghina polis di laman sosial Facebook.

Lelaki berkenaan dipercayai memuatnaik status ‘polis kota tinggi babi sial, mampos masuk neraka la korang polis babi’ dan beberapa pernyataan lain mengandungi pernyataan hampir serupa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, lelaki itu yang tidak bekerja ditahan di sebuah rumah di Kampung Lepau, Pengerang kira-kira 12.30 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Advertisement

“Semasa tangkapan dibuat polis telah merampas sebuah telefon bimbit jenama Huawei dan semakan akaun Facebook juga mendapati ada memuat  status dan pernyataan jelek yang menghina Sultan Johor serta Tengku Mahkota
Johor.

“Tangkapan juga didapati positif dadah jenis METH dan kini ditahan reman selama empat hari sehingga 20 April.

“Hasil semakan juga mendapati tangkapan tidak mempunyai rekod lampau namun dikehendaki bersabit kes di Gugusan Adela,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara
sehingga 2 tahun, denda atau kedua-duanya sekali

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 233 (1)(a) AKMM 1998, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas
pensabitan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top