BM | EN | 中文

PENGAMBIL UPAH PERLU TUBUH PERSATUAN

kelapa-sawit-2.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 16 DIS : Pengambil upah di kebun-kebun kelapa sawit dinasihat menubuhkan persatuan untuk golongan itu.

Hamid Jamah

Salah seorang pemilik kebun kelapa sawit, Hamid Jamah, 49 berpendapat, persatuan tersebut berfungsi memperjuangkan nasib golongan tersebut dari tercicir dari soal kebajikan.

“Dalam isu kenaikan harga sawit yang berlaku ketika ini, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk mendapatkan keuntungan dari hasil yang diperolehi.

Advertisement

“Tidak terlepas perhatian harus diberikan kepada mereka yang berkerja sebagai pengambil upah di kebun-kebun sawit.

“Jadi, sudah tiba masanya pengambil upah ini menubuhkan persatuan di kalangan mereka. Persatuan seperti ‘union’ ini perlu diwujudkan dan kini adalah masa yang sesuai kerana ia bertujuan untuk memperjuangkan nasib mereka dari tercicir dari soal kebajikan,” katanya kepada JohorKini.

Hamid yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri berkata, persatuan tersebut mampu mewujudkan kekuatan di kalangan pengambil upah ini agar mereka.

Advertisement

“Pengambil upah ini juga perlu diberikan perhatian agar kebajikan serta nasib mereka terbela apatah lagi di musim harga sawit yang sedang menaik ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yang merupakan Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat turut menggalakkan pengusaha kebun agar memberi insentif kepada pengambil upah tersebut.

“Ia atas dasar rasa kemanusiaan kerana perkara ini bergantung kepada pengusaha sendiri dan sekiranya mereka mendapat hasil yang lebih apa salahnya mereka berkongsi hal tersebut kepada pekerja mereka.

Advertisement

“Insentif tersebut sekurang-kurangnya dapat memberi semangat kepada pengambil upah itu untuk mereka terus memberikan khidmat yang terbaik kepada majikan mereka.

“Sekiranya bonus atau insentif sebagai penghargaan kepada pekerja mereka dan sekiranya mereka tidak berkerja di kebun pengusaha tersebut ia akan berlaku kesulitan pada pengusaha itu nanti,” ujarnya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top