BM | EN | 中文

PENGAMAL MEDIA TURUT TUNAI HAK MENGUNDI 

hari-pengundian-21.jpg
Advertisement

Oleh: Khairul Mohd Ali

PONTIAN 16 NOV: Walaupun sibuk dengan tugas, pengamal media tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, hari ini.

Jurufoto Malaysia Gazette, Mohd Hazrol Zainal berkata, ini merupakan kali pertama dia mengundi walaupun sudah membuat liputan pilihan raya sebanyak sembilan kali sebelum ini.

Advertisement

“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, saya tidak sempat membuang undi kerana tersangkut dalam kesesakan jalan raya di Kulai.

“Ketika itu saya bertugas membuat liputan di Muar sebelum bergegas pulang ke Pekan Nanas, namun masa mengundi telah tamat,” katanya yang telah menjadi pengamal media selama empat tahun.

Sementara itu, seorang lagi pengamal media, wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor, Najihah Harun, 25, pula memberitahu, walaupun pernah mengundi pada PRU lalu, dia tetap teruja untuk mengundi sempena PRK Parlimen Tanjung Piai ini.

Advertisement

“Pada PRU lalu, saya masih belum bekerja sebagai wartawan, jadi perasaannya berbeza dengan PRK ini.

“Menariknya, sepanjang membuat liputan selama tiga minggu lebih, masih terdapat banyak lokasi menarik yang saya sendiri tidak tahu walaupun merupakan orang tempatan,” ujarnya.

Kedua-dua mereka yang berasal dari Kampung Masjid, Pekan Nanas mengundi di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja, di sini.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top