BM | EN | 中文

‘Pengadil teruk’ bukan perlawanan JDT-TFC saja – TMJ

tunku-ismail-TMJ-Johor.jpg

Gambar Ehsan FB HRH Crown Prince Of Johor

Advertisement

KUALA LUMPUR. 24 NOV: Mutu pengadilan pegawai perlawanan tempatan sekali lagi menjadi tumpuan dan kali ini melibatkan pertembungan separuh akhir pertama Piala \Malaysia 2021 antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Rata-rata peminat bola sepak tempatan tidak berpuas hati dengan pendekatan pengadil Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah dalam menghakimi beberapa ‘keganasan’ dilakukan pemain daripada kedua-dua pasukan pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu itu.

Malah, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim seakan turut senada dengan pandangan dilontarkan peminat.

Advertisement

Menerusi ciapan di Twitter, Tunku Ismail berpendapat pengadil berkenaan tidak menunjukkan prestasi pengadilan yang baik.

“Pengadil teruk. Bukan perlawanan ini sahaja. Majoriti perlawanan setiap tahun. Sabah lawan Terengganu, JDT lawan Kelantan, Negeri Sembilan lawan Sarawak dan lain-lain.

“Setiap tahun benda yang sama. Kami perlu penambahbaikan dan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) mesti ambil tindakan,” kata Tunku Ismail.

Advertisement

Tidak terhenti setakat itu, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut menulis ciapan: “VAR (Video Assistant Referee) is a must.”

Antara ‘keganasan’ yang gagal dihakimi dengan baik oleh Tuan Mohd Yaasin pada aksi itu adalah tindakan pertahanan JDT Shane Lowry yang meluru ke arah Jordan Mintah sebelum menarik baju dan menghempas pemain dari Ghana itu ke padang pada minit ke-71.

Tindakan pemain import dari Australia itu sekali gus mencetuskan suasana tegang, namun tiada layangan kad sebagai amaran kepadanya.

Advertisement

Pemain berdarah campuran negara Ignacio Insa Bohigues atau lebih dikenali sebagai Natxo Insa turut didapati melakukan beberapa kekasaran selain menendang bola keluar dari padang sebagai protes kepada keputusan pengadil, namun pendekatan sama diambil Tuan Mohd Yaasin yang hanya memberi kata-kata amaran.

Pertahanan TFC Muhammad Hairiey Hakim Mamat turut terlepas daripada dilayangkan kad susulan kekasaran dilakukan terhadap pemain gantian JDT Muhammad Safawi Rasid.

TFC, finalis edisi 2018 dan JDT yang merupakan juara edisi 2019 terikat 1-1 selepas jaringan Bergson da Silva pada minit ke-50 menafikan gol pembukaan tuan rumah seawal minit kelapan menerusi Mintah sekali gus pasukan yang akan ke final bakal ditentukan pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Jumaat ini.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top