BM | EN | 中文

Penerokaan hutan dipercayai punca haiwan ceroboh kebun

Rozita-Abdul.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OKT: Gangguan oleh haiwan perosak di kawasan pertanian yang dibangkitkan sebelum ini perlu dikaji kerajaan, kata Pengerusi Biro Alam Sekitar Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Rozita Abdul.

Menurut beliau, antara haiwan yang dipercayai menceroboh kawasan pertanian ialah monyet dan babi hutan disebabkan habitat mereka diganggu.

Kata Rozita, dapatan yang diperolehinya bahawa habitat haiwan itu kian terancam dengan pembangunan tidak terancang dan ketiadaan usaha memindahkannya ke tempat lain.

Advertisement

“Pembangunan seperti perumahan, pelombongan, pembalakan dan penebangan hutan dilihat tidak mempunyai prosedur ketat berkenaan soal habitat di kawasan yang diteroka.

“Jika dilihat, soal pemindahan habitat haiwan tidak difikirkan. Akhirnya hidupan tersebut mencari tempat baharu yang mempunyai makanan bagi kesinambungan hidup.

“Ini perlu ditangani. Bukan sahaja di kawasan kampung dan pendalaman, gangguan turut berlaku di kawasan taman perumahan yang mana gangguan monyet telah banyak memberi kesan kepada penduduk,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Rozita berkata, beliau sebelum ini telah mendesak kerajaan membentangkan pelan pemulihan alam sekitar.

Katanya, kerajaan perlu menyediakan peruntukan dalam Belanjawan akan datang bagi menangani isu pemulihan alam sekitar ini.

“Kita lihat bagaimana gajah di kawasan Kota Tinggi dan kawasan lain turut merosakkan tanaman dan kebun penduduk di kawasan haiwan liar itu berkeliaran.

Advertisement

“Puncanya sama. Habitat mereka diceroboh. Walaupun sehingga kini kerajaan masih belum menyatakan puncanya, namun melalui maklumat yang diperolehi ia kesan dari pencerobohan dan penebangan hutan yang berlaku di situ.

“Perkara ini menjadi isu besar apabila haiwan tersebut mengganggu serta mengancam nyawa manusia. Berapa ramai lagi korban yang diperlukan oleh kerajaan untuk mereka sedar dan mengambil tindakan segera?

“Kerosakan alam yang berlaku menyebabkan ancaman keatas nyawa manusia. Kerajaan perlu peka akan masalah ini,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top