BM | EN | 中文

PENEROKA LEGA, GEMBIRA KENAIKAN HARGA SAWIT

sawit.jpg

KOTA TINGGI, 13 DIS : Kenaikan harga sawit yang berlaku sejak akhir-akhir ini ternyata memberikan kelegaan dan kegembiraan kepada warga Felda lebih-lebih menjelang sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Mohammad

Bagi Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar berkata, peningkatan harga sawit telah berlaku sejak bulan September lalu namun tidak ketara.

Katanya, sehingga bulan November lalu peneroka menerima kenaikan yang agak tinggi sehingga mencecah RM600 satu tan.

“Selepas pilihanraya raya umum (PRU) harga sawit paling rendah sekitar RM380.

“Harga tersebut mula meningkat sejak bulan September secara sedikit-sedikit dan pada Disember ini dapat lihat kenaikan agak ketara,”katanya kepada JohorKini.

Menurutnya, keadaan itu membantu meringankan beban para peneroka yang mempunyai tanggungan terutamanya dalam membuat persiapan menjelang sesi persekolahan tidak lama lagi.

Jelasnya, dia mewakili peneroka kawasan berkenaan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan susulan kenaikan harga sawit tersebut.

“Terima kasih kepada kerajaan kita harap harga ini akan bertahan untuk tahun 2020. Tambahan umum mengetahui isu harga sawit inilah yang menjadi salah satu punca peneroka tidak berpuas hati dengan kerajaan,”katanya lagi.

Suradi

Dalam pada itu, bagi peneroka Felda Air Tawar 4, Suradi Marjune, 67 pula berkata, kenaikan harga sawit itu satu kelegaan bagi warga peneroka.

Katanya, penurunan harga sawit sebelum ini menjejaskan kehidupan harian peneroka yang turut mempunyai tanggungan dan hutang yang perlu dibayar.

“Meskipun peneroka kebanyakan anak-anaknya sudah besar, namun kami juga mempunyai kehidupan harian yang perlu diteruskan dengan hasil sawit.

“Sebelum ini hasil sawit yang kami perolehi hanya cukup-cukup sahaja untuk membayar hutang utiliti dan sebagainya serta tidak mempunyai lebihan.

“Kenaikan harga sawit ini sedikit sebanyak melegakan kami dan diharap ianya akan dikekalkan,” katanya.

JohorKini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top