BM | EN | 中文

Peneroka Felda terkesan harga sawit jatuh, bayaran lewat

felda-peneroka.jpg
Advertisement

BANDAR TENGGARA, 27 APR: Peneroka Felda hari ini terpaksa berhadapan kesulitan lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kejatuhan harga sawit.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Tenggara, Ridhuan Esa berkata, keperitan lebih dirasai apabila harga sawit kini di bawah RM400 setan.

Tambahnya, lebih terkesan apabila bayaran hasil ladang bagi April ditunda sehingga Mei 2020 pada ketika para peneroka bersederhana dalam menyambut ketibaan Ramadhan.

Advertisement

Ridhuan Esa

“Harga sawit pada 23 April 2020 merekodkan harga terendah pada kadar RM 390 setan berbanding dengan RM 600 setan pada Februari ketika Pakatan Harapan masih memerintah,” katanya ketika dihubungi.

Ridhuan yang merupakan anak peneroka berkata masih belum ada apa-apa bayaran yang dikemukakan oleh pihak Felda kepada peneroka.

Perkara itu katanya merencatkan sambutan Ramadan tahun ini kepada peneroka Felda apatah lagi dalam tempoh PKP yang dilanjutkan.

Advertisement

“Merujuk surat edaran Felda bertarikh 17 April 2020, bayaran Pendahuluan Tunai Sawit, Pendahuluan Hasil dan Sara Hidup bagi bulan April telah diselaraskan bermula 23 April 2020, namun setakat jam 5 petang (23 April 2020) terdapat peneroka yang masih mendapat apa-apa bayaran.

“Masalah kelewatan bayaran hasil telah timbul sejak tahun 2016 dan sehingga hari ini gagal diselesaikan oleh pihak Felda. Diharapakan kerajaan hari ini di bawah Perikatan Nasional (PN) memberi ketegasan pengurusan Felda berkenaan hal tersebut.

“Kementerian Perusahan Perladangan dan Komoditi, (yang diterajui) Khairuddin At-Takiri perlu meneliti penurunan harga sawit yang ketara dalam masa dua bulan PN memerintah.

Advertisement

“Ketegasan kementerian juga perlu diberikan kepada kilang FGV Kada yang menekan peneroka sehingga kerugian lebih RM 100 juta setahun kerana nilai kadar perahan yang rendah,” katanya lagi.

Dalam pada itu katanya, lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan senarai pemohon bantuan makanan terus meningkat di setiap rancangan Felda di seluruh Malaysia.

“Program Pusat Makanan Komuniti Rancangan (PMKR) telah pun perlahan kerana kekurangan dana serta penyumbang.

Advertisement

“Pihak Felda sendiri tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan dalam program ini sebaliknya bantuan yang dikeluarkan oleh FGV wujud campur tangan politik,” kata Ridhuan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top