BM | EN | 中文

Penerima vaksin berpanas tunggu giliran, Adun Penggaram sediakan kanopi, minuman

gan-peck-cheng-penggaram-kanopi-vaksin-batu-pahat.png
Advertisement

BATU PAHAT, 31 MEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penggaram, Gan Peck Cheng menyediakan beberapa unit kanopi bagi melicinkan urusan penerima vaksin di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat.

Menurut Gan, sumbangan kanopi itu bertujuan memberikan kemudahan kepada para penerima vaksin yang terpaksa berdiri di tengah panas ketika menunggu giiran untuk divaksin.

“Mendengar keluhan orang awam, saya terus ke pusat penerimaan vaksin, Dewan Jubli Intan, Batu Pahat untuk melihat keadaan semasa di sana.

Advertisement

“Melihat orang awam, khasnya warga emas yang masih berpanas dan berhujan, menunggu giliran menerima suntikan vaksin, saya terus berjumpa Dr. Khalid dan menyumbangkan beberapa buah kanopi bagi kegunaan orang awam berteduh.

“Kini, beberapa buah kanopi sedang dipasang betul-betul di hadapan Dewan Jubli Intan.

“Saya tak nak ada yang pengsan atau demam, kerana berpanas dan berhujan ketika menunggu giliran disuntik vaksin,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Selain itu, Gan turut menyampaikan sumbangan berupa air mineral kepada pegawai kesihatan dan keselamatan yang bertugas di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat.

“Saya ke Pusat Pemberian Vaksin, Dewan Jubli Intan, Batu Pahat selepas mendengar keluhan petugas mengenai bekalan air minuman.

“Pagi tadi (semalam) saya terus ke sana bersama beberapa kotak air minuman untuk diberi kepada para petugas.

Advertisement

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak mampu memberi semangat kepada mereka di barisan hadapan untuk terus berkhidmat.

“Teruskan berkhidmat, saya sentiasa bersama anda,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top