BM | EN | 中文

Penerbangan pertama ke Singapura lepas PKP dari Ipoh bawa 32 penumpang

Lapangan-Terbang-Sultan-Azlan-Shah-LSTAS-Ipoh-Ke-Singapura-Bernama.jpg

Gambar Ehsan Bernama

Advertisement

IPOH, 8 JUN: Seramai 32 penumpang terdiri daripada rakyat tempatan, warganegara dan penduduk tetap Singapura berlepas ke republik itu dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LSTAS) Ipoh, semalam.

Penerbangan itu merupakan yang pertama sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac lepas.

Kesemua penumpang berlepas menggunakan pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot TR481 pada pukul 1.10 petang tadi.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, hanya satu penerbangan berlepas dari LTSAS semalam.

“Setakat ini hanya terdapat satu penerbangan ke negara itu dan kerajaan negeri sudah bersiap sedia, termasuk menyediakan pusat kuarantin, jika ada penerbangan yang masuk ke Perak,” katanya, lapor Bernama.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ipoh A Asmadi Abdul Aziz berkata, penumpang penerbangan tersebut terdiri daripada lapan warga Singapura, termasuk seorang kanak-kanak, 19 penduduk tetap negara itu dan lima pelajar Malaysia yang menuntut di negara jiran berkenaan.

Advertisement

Beliau berkata, kesemua pelajar itu dibenarkan kembali ke Singapura setelah mendapat Kelulusan Dalam Prinsip (IPA), serta kebenaran pihak berkuasa imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), serta Kementerian Pendidikan Singapura.

“Keadaan terkawal dan semua yang terlibat memberi kerjasama dengan baik,” katanya.

BACA: Pengangkutan disedia bawa ibu mengandung, warga emas dan kanak-kanak dari Singapura

Advertisement

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak Khairul Ridzuan Mat Said pula berkata, tiada halangan untuk rakyat mana-mana negara pulang ke negara asal, manakala pelajar rakyat Malaysia diberi pelepasan setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa republik itu dan kementerian berkaitan.

Pengurus LTSAS Mohd Ali Osman berkata, pihaknya menerima 53 tempahan tiket, namun hanya 32 penumpang yang menaiki penerbangan pada hari ini.

Tinjauan di LTSAS mendapati pihak media tidak dibenarkan masuk, manakala penumpang yang tiba perlu melakukan pendaftaran dan pemeriksaan suhu badan di pintu masuk utama, sebelum dibenarkan memasuki balai pelepasan dan menaiki pesawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top