BM | EN | 中文

Penerbangan Incheon ke Johor Bahru bertambah, dijangka tingkat pelancong Korea Selatan ke Johor

pelancong-korea-01-scaled.jpg
Advertisement

KULAI, 1 JAN : Jadual penerbangan dari Incheon, Korea Selatan ke Johor Bahru yang ditambah daripada tujuh kali kepada 14 kali seminggu bermula Disember lepas dijangka akan merancakkan jumlah pelancong negara berkenaan ke negeri ini.

Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung bagaimanapun berkata, jadual tersebut akan berlangsung secara percubaan dalam tempoh tiga bulan dan akan diteruskan jika ia mendapat sambutan.

“Untuk makluman, jumlah penerbangan Jin Air JB-Incheon adalah 14 kali seminggu iaitu dua kali setiap hari.

Advertisement

“Bagi sepanjang tahun 2018, jumlah pelancong dari Korea Selatan ke negeri Johor adalah 167,440 orang.

“Bagi tahun 2019, setakat bulan November seramai 156,634 orang telah mengunjung negeri Johor dan jika melihat trend, jumlah tersebut adalah meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas hadir sambutan Ketibaan Pelancong Masuk ke Johor sempena Tahun Melawat Johor (TMJ) 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), di sini, hari ini.

Advertisement

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Pada majlis itu, seramai 160 pelancong dari Incheon, Korea Selatan selamat tiba di LTAS bersempena program itu.

Justeru, Cai Tung yang juga Adun Johor Jaya yakin sasaran 18.4 juta pelancong sempena TMJ 2020 ke negeri ini dapat dicapai menerusi tambahan jadual penerbangan tersebut.

Advertisement

Sementara itu, dalam masa yang sama, 12 pintu masuk lain di negeri ini turut diadakan sambutan pelancong serentak pada hari ini.

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top