BM | EN | 中文

Penerbangan ihsan TUDM bantu pesakit denggi kritikal

IMG-20200124-WA0056.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 JAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan bagi membawa seorang surirumah, Fariha Ramli dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan Kota Bharu, semalam.

Menurut bapa saudaranya, Fariha yang menetap di Pontian dirawat di Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat, manakala ibu dan bapanya menetap di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Katanya, Fariha menghidap demam denggi kritikal dan penerbangan ihsan berkenaan bagi memudahkan penjagaan khusus oleh pihak keluarga.

Advertisement

“Terima kasih buat doktor dan jururawat serta kakitangan Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat dan pihak TUDM atas usaha membantu memindahkan Fariha yang menghidap denggi kritikal.

“Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dan kakitangan dalam soal kebajikan dan tanggungjawab mereka kepada rakyat,” kata bapa saudaranya yang hanya mahu dikenali sebagai Hanif.

Pesawat CN 235 dari detasmen No 1 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang itu berlepas pada jam 6.03 pagi untuk mengambil pesakit di Senai sebelum diterbangkan terus ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 7.50 pagi.

Advertisement

Turut mengiringi pesakit dalam penerbangan khas pesawat dari pangkalan TUDM semalam ialah dua orang doktor pakar, seorang jururawat dan pembantu perubatan dari Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat.

Sejurus tiba pada jam 9.25 pagi, pesakit kemudian dibawa menaiki ambulan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top