BM | EN | 中文

PENENTUAN TANJUNG PIAI 16 NOVEMBER NANTI

spr.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 OKT: Pilihan Raya Kecil (PRK) P165 Parlimen Tanjung Piai akan diadakan pada 16 November depan dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 2 November, menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun.

Azhar berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi memutuskan tarikh pilihan raya kecil tersebut yang kosong ekoran pemergian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, dari Pakatan Harapan-Bersatu pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Menurut Azhar, SPR akan meneruskan penambahbaikan perjalanan pilihab raya, termasuk menyediakan dua saluran khusus bagi pengundi berumur 60 tahun dan ke atas bagi setiap pusat mengundi.

Advertisement

Sementara itu, urusan pengundi pos luar negara dan dalam negara, tarikh buka pada 1 Oktober ini manakala tarikh tutup pada 31 Oktober ini.

“SPR juga akan memanjangkan tempoh masa pengundian dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang berbanding jam 5.00 petang pada PRU lepas.

“SPR akan menggunakan Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

Advertisement

“Seramai 1,019 orang petugas dilantik bagi mengendalikan proses PRK kali in manakala sebanyak 28 buah Pusat Mengundi yang mengandungi 127 saluran akan digunakan.

“Sebanyak 26 saluran baharu ditambah bagi mengelakkan jumlah pengundi terlalu ramai dan pengundi OKU akan mengundi di Saluran 1” katanya pada satu sidang media, di Menara SPR di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata peruntukan yang diperlukan untuk PRK Tanjung Piai ialah sebanyak RM2.67 juta.

Advertisement

Allahyarham Dr Farid membantu PH merampas kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14, tahun lalu dalam saingan tiga penjuru.

“SPR juga mensasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi pada PRK Parlimen Tanjung Piai kali ini,” katanya.

Mulai 16 Oktober ini pengundi boleh menyemak maklumat pengundi melalui laman portal SPR (www.spr.gov.my) atau menelefon ke talian 03-88927018 atau melalui SMS 15888 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top