BM | EN | 中文

Penduduk Subang Jaya beli 30 lampu solar hasil jualan barang kitar semula

Inisiatif-penduduk-jual-barang-kitar-semula-dapat-beli-30-lampu-solar.jpg

Adun Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze (tengah) bergambar bersama wakil penduduk sambil memegang beg kitar semula dalam program Pengasingan Sisa Dari Rumah DUN Subang Jaya di Kabin Komuniti Rukun Tetangga (KRT) USJ 2, Subang Jaya pada 9 Oktober 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SUBANG JAYA, 11 OKT: Usaha penduduk USJ 3 Four di sini mengumpul barang kitar semula berbaloi apabila mereka mampu memasang 30 lampu solar hasil jualan barang berkenaan.

Penasihat Rukun Tetangga USJ 3 Four Tan Yeng Yap berkata mula mengumpul sejak tujuh bulan lalu selepas menyertai Program Pengasingan Sisa Dari Rumah anjuran DUN Subang Jaya.

“Bila jual kami dapat sejumlah wang dan diguna membeli 30 lampu solar berharga RM600. Lampu dipasang di laluan gelap bagi memudahkan penduduk melaluinya.

Advertisement

“Kami akan terus mengumpul lebih banyak barang dan rancang untuk memasang CCTV (kamera litar tertutup) pula. Ini untuk keselamatan semua,” katanya, lapor SelangorKini.

Adun Subang Jaya, Selangor, Michelle Ng Mei Sze merasmikan program berkenaan.

Sementara itu Timbalan Presiden Persatuan Penduduk PJS 9 Kapten Wan Hock Leong berkata penduduk tidak hanya mengutip barang kitar semula sahaja sebaliknya juga mengumpul minyak masak terpakai.

Advertisement

Jelasnya, inisiatif itu sebagai langkah menjaga saluran air penduduk selain menjaga kelestarian alam sekitar.

“Kita tidak mahu penduduk buang di sistem pembetungan kerana boleh menyebabkan masalah tersumbat. Jadi ini boleh mengurangkan masalah saluran air rumah masing-masing,” katanya.

Program sejak Ogos tahun lalu itu berjaya mengumpul 70,759 kilogram barangan kitar semula daripada sembilan komuniti.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top