BM | EN | 中文

Penduduk Simpang Renggam diminta terus patuhi PKP – Dr Maszlee Malik

dr-maszlee-malik-simpang-renggam.jpg

Gambar Ehsan FB Dr Maszlee Malik

Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 28 APR: Penduduk di Simpang Renggam dan dua kampung yang telah ditarik semula penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diminta untuk terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli parlimennya, Dr Maszlee Malik berkata meskipun PKPD telah tidak dilaksanakan arahan PKP yang diumumkan kerajaan perlu terus dipatuhi.

“Walaupun PKPD tak lagi berjalan di sana, saya amat berharap agar kita kekal mematuhi arahan PKP di seluruh kawasan Simpang Renggam.

Advertisement

“Jaga diri dan jarak sosial. Sama-sama kita berdoa agar semua urusan bertambah baik dan dipermudahkan Tuhan,” kata Maszlee dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) PDRM dan ATM yang telah menjaga kebajikan dan keselamatan penduduk.

“Bagi pihak rakyat Simpang Renggam, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, KKM, JKM, PDRM dan ATM yang telah menjaga kebajikan dan keselamatan penduduk di sini.

Advertisement

“Kepada penduduk KDIM & BBIM, tahniah atas kerjasama anda sepanjang PKPD dilaksanakan,” katanya lagi.

Sementara itu dalam video yang disiarkan laman Facebook, Maszlee mengucapkan tahniah kepada penduduk di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baru Ibrahim Majid yang berdisiplin dan mengikut arahan yang ditetapkan.

“Tahniah kepada semua pemduduk di dia kampung terbabit. Bilangan yang pulih semakin ramai dan tiada jangkitan di dua kampung terbabit.

Advertisement

“Terima kasih juga kepada mereka yang memberikan bantuan. Kita berharap wabak ini berakhir sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top