BM | EN | 中文

Penduduk, petani dipelawa kerjasama tangani masalah haiwan liar – ADUN Pekan Nanas

Penduduk-petani-dipelawa-kerjasama-tangani-masalah-haiwan-liar-ADUN-Pekan-Nanas.jpg
Advertisement

PONTIAN, 25 FEB: Tindakan agresif haiwan liar terutamanya di kawasan kampung dalam DUN Pekan Nanas yang membuat kacau ganggu terus membimbangkan.

Susulan itu, Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong memohon kerjasama penduduk dan pengusaha pertanian di kawasan ini untuk mengemukakan laporan sekiranya terdapat gangguan.

“Saya nak bertanya kepada penduduk (khasnnya) di kawasan DUN Pekan Nenas. Adakah ada di kalangan anda atau rakan yang mengalami masalah yang sama seperti yang dihadapi petani di Kampung Pengkalan Raja ini?

Advertisement

“Jika ada mohon berikan respon di ruangan komen,” kata Yeo dalam hantaran di laman Facebook beliau.

Tambahnya, terdapat serangan haiwan antaranya babi hutan yang merosakkan tanaman selain monyet liar yang memasuki kawasan petempatan

“Penduduk mengadu kepada saya bahawa tanaman mereka banyak yang rosak dan mengalami kerugian akibat serangan haiwan liar.

Advertisement

“Mohon berikan info kerana ada sesuatu yang nak saya usahakan,” kata Yeo lagi..

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top