Oleh: Khairul Mohd Ali
PONTIAN 7 NOV: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa menyantuni penduduk sekitar Pekan Nanas, di sini, pagi tadi.
Beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri meluangkan masa kira-kira satu jam untuk bertemu masyarakat berbilang bangsa.
Muhyiddin kemudiannya mengambil kesempatan bersarapan di Restoran Burasak Abah, di Taman Utama di sini.
Turut hadir, calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini.
JohorKini