BM | EN | 中文

Penduduk pangsapuri Bukit Indah, Johor Bahru perlu tong sampah baharu

cheo-yee-how-lawat-tong-sampah-pangsapuri-bukit-indah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 JUL: Penduduk pangsapuri Bukit Indah berharap pihak berwajib agar dapat menyediakan tong sampah baharu di perumahan itu selepas tong sampah sedia ada rosak dan bocor.

Adun Perling, Cheo Yee How yang berkesempatan turun ke kawasan tersebut bagi melihat keadaan tong sampah sedia ada berkata, masalah yang sering berlaku di kawasan berkenaan adalah longgokan sampah yang terkeluar dari kebocoran yang berlaku pada tong sampah tersebut.

“Kita sudah mengenal pasti keadaan tong sampah utama di pangsapuri ini dan dapat dipastikan terdapat kebocoran serta kerosakan yang teruk berlaku pada tong sampah berkenaan.

Advertisement

“Ia mengundang kehadiran haiwan seperti monyet, burung gagak dan anjing yang akan memecahkan lagi bungkusan sampah sehingga berselerak dan ia turut mengundang bau yang kurang menyenangkan.

“Melalui rekod yang kita perolehi, tong sampah ini sudah tujuh tahun tidak bertukar dan ia kelihatan terlalu uzur serta tidak lagi mampu menampung longgokan sampah yang banyak di kawasan ini,” ujarnya ketika ditemui.

Beliau turut memaklumkan telah berhubung pihak berkuasa untuk menyelesaikan permasalahan ini dengan kadar segera.

Advertisement

“Pihak kami telah berurusan dengan pihak ‘Southern Waste Management (SWM)’ bagi menyelesaikan permasalahan ini dengan menggantikan tong sampah besar yang baharu.

“Selain itu kita juga memohon agar kawasan sekeliling tapak sampah atau pondok sampah ini diselenggarakan dengan baik semula kerana keadaannya agak kotor selepas apa yang berlaku sebelum ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Yee How menyampaikan sumbangan berupa 50 bungkusan barangan keperluan kepada penduduk di pangsapuri berkenaan yang rata-ratanya dari golongan B40 dan terjejas akibat pandemik Covid-19.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top