BM | EN | 中文

Penduduk Kg Telok Serdang, Johor Bahru bersyukur dengan keprihatinan MP Pulai

telok-serdang-pulai-salahuddin-ayub.jpg

Salahuddin merasmikan gelanggang sepak takraw dan penurapan jalan di Kampung Telok Serdang, Johor Bahru

Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 OKT: Penduduk Kampung Telok Serdang, Johor Bahru bersyukur dengan keprihatinan ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang sering hadir dan menyampaikan bantuan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKPP), Shahrum Abu, 48, beliau mewakili penduduk kampung mengucapkan penghargaan kepada Salahuddin yang atas keprihatinan beliau selama ini.

Katanya, kebajikan dan perhatian diberikan pasukan Parlimen Pulai amat memuaskan kerana banyak mengambil berat mengenai isu berkenaan kampung serta penduduknya.

Advertisement

Terbaharu, Salahuddin hadir bagi menyampaikan sumbangan gelanggang takraw dan peralatan sukan badminton di sini.

“Kampung Telok Serdang ini adalah kampung induk dan di bawahnya ada 14 buah kampung. Alhamdulillah sepanjang YB dan pembantunya membantu (menyelesaikan) masalah kampung ini.

“Pemberian ini tidak dapat dilupakan. Kita sudah lama menunggu (pembinaan) jalan. Begitu juga dengan gelanggang (sepak takraw) sebagai (tempat) riadah anak-anak muda di kampung ini.

Advertisement

“Terima kasih banyak-banyak di atas pemberian. Kami amat terharu dengan apa yang diusahakan beliau,” kata Shahrum ketika ditemui.

Salahuddin ketika ditemui berbesar hati dengan pemberian yang diusahakan oleh pihaknya kepada penduduk di kawasan tersebut.

“Kita telah merasmikan gelanggang takraw dan badminton yang dapat diusahakan untuk anak-anak muda beraktiviti, bersukan atau pun beriadah.

Advertisement

“Kita mahu menyahut seruan agar rakyat menjaga kesihatan. Usaha ini adalah salah satu dari usaha tersebut,” ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau akan berusaha memperjuangkan terus hak penduduk di sini agar mereka tidak dihalau keluar tanpa sebarang pampasan atau rumah ganti dari pihak kerajaan.

“Kita telah dapat berjumpa dengan orang-orang kampung ini. Taraf tanah masih lagi setinggan.

Advertisement

“Saya akan terus berunding dengan pemilik tanah bagi membina rumah pangsapuri mampu milik untuk didiami penduduk di sini.

“Saya harap mereka tidak dihalau keluar begitu sahaja,” kata Salahuddin lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top