BM | EN | 中文

Penduduk Kg Sungai Perling mahu penempatan baharu sebelum roboh rumah mereka

kg-sungai-perling-Johor-Bahru-hendak-dirobohkan-pemaju-kapitalis.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 JUL: Penduduk Kampung Sungai Perling disini mendesak kerajaan campur tangan bagi menangguhkan dahulu perobohan rumah yang dijangka dilakukan oleh pihak berkuasa.

Misran Paiman

Menurut ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung tersebut, Misran Paiman, 67, beliau memohon agar kerajaan berunding dengan pemaju bagi menyelesaikan tuntutan mereka sebelum membenarkan pemaju merobohkan rumah mereka.

Katanya melalui maklumat yang diterima, penempatan baharu yang dijanjikan oleh pihak pemaju masih belum disediakan.

Advertisement

“Pada tahun 1980 penempatan ini telah didirikan. Pihak penduduk telah pun pergi ke pejabat tanah untuk melihat status tanah ini bagi membuat pemohonan penempatan kekal.

“Pada tahun 2009 permohonan sekali lagi dibuat penduduk kampung namun tidak dilayan dan antara yang tidak menyokong adalah ahli parlimen kita (Pulai) waktu itu Datuk Nur Jazlan.

“Sekarang ini pihak pemaju tuduh kita ceroboh tanah kerana asalnya tanah ini adalah milik kerajaan. Pelbagai lagi tohmahan ditujukan kepada penduduk seperti mendiami tanah tanpa izin dan sebagainya.

Advertisement

“Harapan penduduk agar rumah ini tidak dirobohkan sehingga penempatan baharu 1,000 unit yang dijanjikan itu selesai dibina.

“Orang kampung nak ke mana kalau disuruh keluar hari ini (semalam) sebab mereka tak ada rumah,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya lagi penduduk kampung telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar waktu itu (Datuk Seri Khaled Nordin) serta beliau meminta agar ahli parlimen Pulai (Nur Jazlan) mengadakan pertemuan.

Advertisement

Namun katanya, sehingga hari ini Nur Jazlan tidak bertemu untuk membela orang kampung.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Teluk Serdang, Zaaba Ibrahim berkata, pihaknya berjaya menangguhkan perobohan berkenaan sehingga tuntutan penduduk kampung tersebut berjaya ditunaikan.

Zaaba (kiri) dan Misran menunjukkan suasana Kampung Sungai Perling yang berusia lebih 40 tahun

Beliau yang juga merupakan pegawai hhas ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya telah berunding dengan Pentadbir Tanah Johor, Exco terbabit dan juga Menteri Besar Johor serta mendapat sokongan dari Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub.

Advertisement

Menurut Zaaba, kampung tersebut telah dinotiskan Iskandar Coast (pemaju) untuk dirobohkan selain Kampung Serdang, Kampung Sungai Perling dan Kampung Sungai Perling Baru.

Ia katanya, berikutan takrif penempatan tersebut yang dikatakan sebagai haram dan pemaju mendakwa tanah tersebut milik mereka.

“Keputusan kerajaan terdahulu bersetuju untuk membina 1,000 unit rumah baharu bagi penempatan semula tiga buah kampung termasuk (Kampung) Tuah Jaya.

Advertisement

“Kita telah membuat satu tindakan pembelaan penduduk kampung (dengan) menghantar memorandum kepada kerajaan yang baharu ini.

“Mereka semua bersetuju untuk memberi pembelaan kepada penduduk kampung untuk penangguhan perobohan dan disokong ahli parlimen,” katanya.

Kata Zaaba, penangguhan itu diperolehi sehingga kerajaan bermesyuarat bagi membincangkan penempatan semula penduduk kampung ke kawasan baharu.

Advertisement

“Justeru itu perobohan ini tidak boleh dilakukan,” tambah Zaaba selain menyarankan penduduk Kampung Sungai Perling untuk bersabar dan menjalani hidup seperti biasa kerana rundingan penangguhan telah dilakukan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top