BM | EN | 中文

Penduduk kawasan rendah, berhampiran sungai di Mersing, Kluang, Kota Tinggi dan JB perlu bersedia

Penduduk-Kota-Tinggi-siap-sedia-hadapi-banjir.jpg

Sungai Kota Tinggi di Kampung Tembioh berhadapan bandar Kota Tinggi (Gambar Ehsan Karangkraf)

JOHOR BAHRU, 30 DIS: Penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berdekatan dengan sungai terutama di Mersing, Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru diingatkan agar bersiap sedia menghadapi banjir susulan amaran hujan peringkat waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia).

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor dliaporkan Sinar Harian memaklumkan empat lembangan sungai di negeri ini berisiko melimpah dan berlakunya banjir, jika hujan lebat berterusan.

Empat lembangan sungai itu ialah Sungai Mersing (Mersing), Sungai Endau (Kluang dan Mersing), Sungai Johor (Kota Tinggi) dan Sungai Johor, Sungai Skudai dan Sungai Tebrau (Johor Bahru).

Justeru, penduduk diminta sentiasa berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak melepasi paras bahaya dengan bacaan 2.61 meter berbanding paras bahaya 2.50 meter pada tengah hari Khamis.

Untuk rekod, beberapa daerah di negeri ini terutamanya Kota Tinggi pernah dilanda banjir besar pada awal Januari lalu.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top