BM | EN | 中文

Penduduk Kampung Pasir JB terharu speaker DUN Johor lawat mangsa banjir

Kampung-Pasir-Johor-Bahru-Johor-Speaker-Dun-Johor-Suhaizan-Kaiat.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 NOV: Penduduk Kampung Pasir Johor Bahru, Johor terharu dengan kehadiran Speaker Dewan Negeri (Dun) Johor, Suhaizan Kaiat yang turun padang melawat mangsa banjir selain turut menyampaikan sumbangan.

Azmi Misni

Ketua Kampung Pasir, Azmi Misni, 53, ketika ditemui menyampaikan ucapan terima kasih atas kunjungan tersebut yang sudi hadir serta sudi memberikan bantuan kepadanya dan penduduk kampung yang berdepan bencana banjir baru-baru ini.

“Untuk Kampung Pasir dan Pengkalan Rinting lebih kurang 400 buah rumah yang terbabit dalam bencana banjir, Kampung Sri Jaya lebih 100 rumah dan Kampung Sri Serdang lebih kurang 80 buah rumah yang terkena banjir.

Advertisement

“Kami penduduk kampung amat mengharapkan sekiranya ada apa-apa bantuan dari segi peralatan keperluan dan perkakas rumah kerana banyak yang rosak. Terutamanya barang-barang perabot dan elektrik banyak yang rosak akibat dari bencana banjir tersebut,” katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Pulai, Abdullah Idris yang turut mengiringi rombongan melahirkan rasa dukacita di atas keadaan yang berlaku di kawasan kampung tersebut.

“Saya merasa sungguh terharu bagaimana kawan-kawan kita terkena musibah ini dan kita cuba tolong sedaya mungkin bagi meringankan bebanan yang dialami mereka.

Advertisement

Abdullah Idris

“Sebelum ini pun kita telah turun di kawasan ini bersama dengan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Adun Perling Cheo Yee How memberi bantuan kepada mangsa di pusat pemindahan sementara.

“Saya berharap apa yang disumbang ini dapat mengurangkan bebanan yang dialami oleh penduduk yang terkena banjir dan saya berharap penduduk atau mangsa banjir tabah dengan apa yang berlaku ini,” katanya.

Rombongan tersebut dihadiri Speaker Dun Johor, Suhaizan Kaiat yang merupakan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor serta rombongan dari pihak Pusat Khidmat Parlimen Pulai dan jentera Amanah Pulai.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top