BM | EN | 中文

Penduduk kampung di Batu Pahat berdepan masalah bekalan air, KPLB perlu lebih cakna

khairuddin-a-rahim-adun-senggarang.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 16 MAC: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) perlu lebih cakna menangani masalah dihadapi penduduk luar bandar yang berdepan isu mendapatkan bekalan air bersih.

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata, kementerian itu perlu mengambil tindakan susulan aduan penduduk di beberapa kampung di Batu Pahat berkenaan isu saluran paip air rangkaian dan utama.

Kata Khairuddin, sudah tiba masanya kerajaan mengeluarkan peruntukan untuk membina saluran paip rangkaian sempurna ke rumah-rumah penduduk kampung yang memerlukan bekalan air.

Advertisement

“Sudah tiba masanya kerajaan menyediakan sebahagian peruntukan untuk membina paip saluran air di seluruh tempat di negeri Johor dengan sempurna.

“Masalah ini bukan sahaja berlaku di tempat saya sahaja di Senggarang). tetapi berlaku di seluruh negeri Johor.

“Masalah ini bukan di bawah tanggungjawab SAJ Ranhill, tetapi tanggungjawab KPLB.

Advertisement

“Jika KPLB boleh membina jalan dan lorong di kawasan pendalaman, kenapa tidak boleh mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk membina fasiliti air bersih paip air rangkaian bagi kegunaan penduduk di luar bandar,” katanya sewaktu ditemui.

Beliau yakin dengan pembinaan saluran paip air rangkaian masalah penduduk kampung mendapatkan keperluan asas akan selesai.

Tambahnya selain KPLB, kerajaan Johor perlu juga maklum dengan masalah ini dan mendesak kerajaan pusat untuk isu tersebut.

Advertisement

“Selain masalah rakyat diselesaikan, kerajaan juga dapat mengurangkan kerugian NRW (Non-Revenue Water) akibat kebocoran paip saluran.

“Beban ditanggung penduduk kampung yang selama ini berdepan dengan masalah bekalan sumber air dapat dikurangkan.

“Kerajaan perlu efektif membantu rakyat khususnya mereka yang berada di luar bandar,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top