BM | EN | 中文

PENDUDUK BERSYUKUR PADANG KG ULU PULAI DINAIKTARAF

astaka-kg-ulu-pulai.jpg
Advertisement

PONTIAN, 28 OKT: Setelah berpuluh tahun lamanya, akhirnya golongan muda di sebuah kampung merasa tidak dipinggirkan berikutan siapnya pembinaan baikpulih astaka di padang bola Kg Ulu Pulai.

Pembinaan astaka di Kg Ulu Pulai, Pekan Nanas itu merupakan sebahagian dari projek penyelenggaraan dan menaiktaraf yang diusahakan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Allahyarham Dr Md Farid Rafik.

Seorang penduduk kampung, Mahadi Ahmad, 37 ketika ditemui berkata, dengan siapnya astaka dan kerja menaiktaraf padang bola di kampung tersebut, ia bakal memberikan kemudahan kepada penduduk menjalankan aktiviti sukan dan riadah.

Advertisement

“Kalau tanya saya, ada astaka ini dah kira bersyukurlah. Apa yang diberi, kita terima dengan hati terbuka. Lagipun bukan senang nak dapat peruntukan.

“Sekurang-kurangnya dah ada bilik air dan bilik persalinan. Lebih kemas,” kata Mahadi.

Namun katanya, beberapa kekurangan perlu dipertingkatkan antaranya, keadaan padang dan keadaan dewan bagi kegunaan sukan badminton.

Advertisement

Tambah Mahadi, penduduk di kampung itu terutamanya golongan muda aktif bersukan, justeru memerlukan wakil rakyat baru yang mampu menyusun program di peringkat akarumbi.

“Kita perlu mesyuarat dan tanya keperluan pemuda disini,” katanya.

LAPORAN TAMBAHAN

Advertisement

Penduduk memakluman Johorkini, padang Kg Ulu Pulai sebelum ini telah memliki kemudahan tandas dan stor. Projek penyelenggaraan dan naiktaraf pada 2019 adalah melalui penambahbaikan yang diusahakan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Allahyarham Dr Md Farid Rafik. Melalui Kementerian Hal Ekonomi, sejumlah RM250,000 diperuntukkan bagi tujuan tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top