BM | EN | 中文

Penduduk berjumlah 200,000, Skudai perlu PPV sendiri – Adun

tan-hong-pin-PPV-Persada.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 JUN: Adun Skudai, Tan Hong Pin mencadangkan kerajaan mewujudkan sebuah sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di kawasan Skudai.

Katanya, kebanyakan penduduk Skudai yang berjumlah 200 ribu penduduk telah diaturkan untuk menerima suntikan vaksin di PPV Taman Adda yang terletak kira-kira 25km dari Skudai.

“Justeru itu, amat wajar untuk pihak CITF mempertimbangkan permohonan mewujudkan PPV Skudai bagi memudahkan warga Skudai menerima vaksin,” kata Hong Pin dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau berkata cadangan itu telah dikemukakan kepada Pengerusi CITF, Datuk Mohd Noh Ibrahim.

Terdahulu, Hong Pin meninjau proses pemberian vaksin AstraZeneca di Pusat Konvensyen Anatarabangsa Persada disini, hari ini.

Difahamkan, sebagai permulaan sebanyak 1,000 dos vaksin akan diberikan sepanjang tiga hari bermula hari ini.

Advertisement

Jumlah dos vaksin akan ditingkatkan kepada 3,000 dos bermula pada 10 Jun nanti.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top