BM | EN | 中文

PENDUDUK BERISIKO BANJIR DIMINTA BERJAGA-JAGA 25, 26, 27 DISEMBER INI

jimmy-3.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 17 DIS : Penduduk di kawasan yang berisiko banjir diminta untuk berjaga-jaga pada 25, 26 dan 27 Disember ini susulan air pasang besar yang diramalkan berlaku.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, fenomena air pasang berkenaan dijangka akan berlaku lebih lebih tinggi dari sebelum ini.

“Kita jangka air pasang besar pada 25, 26 dan 27 Disember dan air pasang lebih tinggi dari yang lepas.

Advertisement

“Kemungkinan pada Krismas akan hujan lebat. Jadi kita hendak syorkan kepada rakyat sentiasa bersiap sedia. Kita di kerajaan telah buat persediaan terbaik,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas melakukan tinjauan di Sungai Kemang susulan bencana banjir berlaku di Kota Tinggi, hari ini.

Jimmy Puah yang juga merupakan Adun Bukit Batu berkata, banjir yang berlaku di Johor sehingga menjejaskan beberapa daerah dalam negeri ini adalah disebabkan taburan hujan yang tinggi.

Advertisement

“Di Empangan Labong, Mersing dalam tempoh tiga hari sahaja jumlah hujan yang turun adalah sebanyak 779 mm ia bersamaan hujan selama lima bulan tetapi ia berlaku dalam tiga hari sahaja.

“Kita juga ambil kira faktor paras air laut tinggi dan kebetulan berlaku air pasang besar ditambah hujan turun kadar banyak maka berlaku banjir di Kota Tinggi dan Mersing,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Jimmy berkata, satu sungai di Segamat telah melepasi paras bahaya bagaimanapun ia menunjukkan trend penurunan.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top