BM | EN | 中文

Pendirian Pas lambang semangat setiakawan yang utuh – Muhyiddin

PAS-Bersatu.jpg
Advertisement

PUTRAJAYA, 1 APR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pendirian PAS untuk kekal bersama Bersatu adalah sebagai semangat setiakawan yang utuh.

Perdana Menteri, yang juga Presiden Bersatu, berkata semangat tersebut sekali gus membantu Perikatan Nasional (PN) merangka hala tuju yang jelas termasuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, Bersatu dan PAS bertekad supaya apa sahaja situasi akan bersamadan kenyataan bersama kedua parti itu semalam menunjukkan komitmen terhadap hala tuju dua parti itu dalam PN.

Advertisement

“Apapun yang berlaku, itu soal UMNO tetapi dari sudut kerjasama Bersatu dan PAS, hala tuju jelas dengan terbentuknya Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat pusat bagi merangka strategi parti khususnya menghadapi PRU15, termasuk rundingan pengagihan kerusi,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi PN, berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor dan PN Johor secara berasingan di sebuah hotel di sini, semalam.

Bersatu dan PAS semalam mengeluarkan kenyataan bersama menyatakan kesepakatan untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam PN bagi menghadapi PRU15 termasuk bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15 terutamanya melibatkan Pakatan Harapan dan sekutunya.

Advertisement

Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan Bernama sebagai berkata, bagi mengekalkan kesepakatan itu, agihan kerusi Parlimen pada PRU15 menjadi agenda utama PN.

Mengenai mesyuarat PN Johor pula, beliau berkata gabungan itu telah membincangkan mengenai rundingan bagi menyelesaikan struktur pembahagian kerusi di Parlimen Johor.

“Struktur pembahagian kerusi dirunding bagi mengenal pasti sama ada Bersatu, PAS atau Gerakan yang akan mengetuai. Tetapi keputusan muktamad akan dibuat oleh pimpinan di peringkat nasional,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pagoh.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top