BM | EN | 中文

Pendirian MP Sri Gading dihormati, tak gadai prinsip demi kepentingan kuasa

PH-Johor-Pakatan-Harapan.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 6 JUN: 1. Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil maklum keputusan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya oleh Datuk Dr Shahruddin Salleh, ahli parlimen Sri Gading Johor.

Kenyataan beliau untuk meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti PH dalam pilihanraya umum (PRU) ke-14 yang lalu jelas memberikan gambaran bahawa mandat rakyat harus dijunjung

“Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat pada PRU ke-14 yang lalu adalah gambaran penolakan terhadap politik rasuah dan kleptokrasi UMNO dan Barisan Nasional.

Advertisement

“Tindakan Datuk Dr Shahruddin untuk tidak menyertai kabinet Perikatan Nasional yang turut melibatkan parti yang sudah ditolak rakyat wajar diberikan penghormatan,” katanya.

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Aminolhuda Hassan, pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor dan Senator Liew Chin Tong, pengerusi DAP Negeri Johor

Kenyataan tersebut menambah mandat rakyat harus dijunjung selaras dengan lunas-lunas demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Advertisement

“PH Johor yakin dan percaya, mandat rakyat yang diberikan dalam PRU lalu masih segar dalam jiwa serta ingatan para wakil rakyat termasuklah di negeri Johor ini.

“PH Johor berharap agar tindakan oleh ahli parlimen Sri Gading ini akan menjadi dorongan buat rakan-rakan beliau yang lain untuk berpegang teguh pada prinsip perjuangan dan tidak sekali-kali digadaikan demi kepentingan kuasa semata-mata,” katanya.

Dr Shahruddin Salleh

Ahli parlimen Sri Gading, Dr Shahruddin Salleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuatkuasa 4 Jun lalu.

Advertisement

Kata Shahruddin, beliau telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14,

“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh YAB Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional PN,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top