BM | EN | 中文

Pendirian Armada Pusat adalah solidariti bersama rakyat – Pemuda PH Johor

ARMADA-PPBM-Bersatu.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 MEI: Pemuda Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor sangat mengalu-alukan kenyataan rasmi yang dikeluarkan Armada Bersatu pusat semalam yang tegas menolak kerjasama dengan Umno.

Menurut kenyataan media Pemuda PH Johor, ia menunjukkan ketegasan serta setiakawan terhadap PH yang merupakan rakan kolasi yang telah bertungkus lumus menumbangkan rejim kleptokrat dipelopori Umno.

“Pemuda PH Johor menyifatkan pendirian Armada Bersatu sebagai bentuk solidariti bersama rakyat serta mandat yang telah mereka berikan kepada PH dalam PRU 14 lalu,” jelas kenyataan tersebut.

Advertisement

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Ketua Pemuda AMANAH Johor, Muhamad Taqiuddin Cheman, Ketua AMK Johor, R. Yuneswaran dan Ketua Pemuda DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Dalam pada itu, Taqiuddin ketika dihubungi menyatakan bahawa tindakan Armada Bersatu itu dilihat berani serta berpendirian.

“Terima kasih juga kepada Armada Bersatu pusat yang masih menganggap kami (Pemuda PH) sebagai keluarga yang bersama-sama semangat menyelamatkan rakyat daripada terus dihina oleh Umno sebelum ini.

Advertisement

“Sehubungan dengan itu, kami menyeru agar Armada Bersatu kembali mengembleng tenaga untuk kembali bersama menjayakan misi mendahulukan rakyat dan mengutamakan keharmonian semua,” ujarnya.

Dalam pada itu Pemuda PH menyelar kenyataan Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang berkata langkah dilakukan Armada itu mengkhianati mandat rakyat.

Semalam Asyraf ‘mengalu-alukan’ cadangan mahu memutuskan kerjasama di dalam PN jika Armada bersungguh-sungguh mahu kembali bersama Pakatan Harapan (PH).

Advertisement

Asyraf mendakwa, jika Armada berbuat demikian, rakyat akan menghukum mereka kerana mempermainkan mandat rakyat dengan sewenang-wenangnya ketika orang ramai gelisah menghadapi Covid-19.

“Asyraf perlu sedar dan berasa malu kerana kerajaan PN yang parti beliau sendiri menjadi sebahagian daripadanya adalah kerajaan bukan pilihan rakyat.

“Jika beliau kurang pasti, tanyalah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pengesahan,” tambah kenyataan itu lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top