BM | EN | 中文

PENDIDIKAN KUNCI KEJAYAAN GENERASI MUDA ORANG ASLI

dzulkefly-2.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 3 DIS: Pendidikan akademik mampu lahirkan generasi orang asli yang berjaya pada masa depan. Itu pesanan Adun Kota Iskandar, Sr Dzulkefly Ahmad.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri berkata demikian pada majlis Penyampaian Sumbangan Kembali ke Sekolah yang diadakan di Pusat Tarbiah Majlis Agama Islam Negeri Johor di Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah, di sini, semalam.

Katanya, perkara itu telahpun terbukti dengan seramai ramai masyarakat orang asli menyertai bidang profesional di negara ini.

Advertisement

“Pendidikan adalah perkara yang sangat penting kepada kanak-kanak termasuklah anak orang asli. Telah terbukti ramai anak orang asli boleh berjaya dalam bidang profesional.

“Sama ada menjadi doktor mahupun jurutera, perkara ini dapat dilakukan dengan sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat. Pendidikan adalah kuncinya,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Turut hadir, Naib Presiden Eksekutif, Jabatan Pengurusan Modal Insan dan Transformasi Iskandar Investment Berhad (IIB), Azman Mohd Hussein, Tok Batin Kampung Simpang Arang, Noree Kasi.

Advertisement

Dalam program tersebut, seramai 106 anak orang asli berusia antara tujuh hingga 17 tahun diberi kelengkapan persekolahan dan sumbangan wang tunai bagi mempersiapkan mereka dengan sesi persekolahan akan datang.

Sementara itu, Azman pula memberitahu pihaknya berharap sumbangan tersebut dapat membantu meringankan beban ibu bapa kanak-kanak orang asli terlibat.

“Harapan kami agar generasi orang asli pada hari ini akan ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan masyarakat lain di negara ini.

Advertisement

“Kami berharap sumbangan ini dapat meningkatkan semangat mereka untuk terus berusaha dan mencatat kejayaan dalam bidang akademik pada masa depan,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top