BM | EN | 中文

Pendidikan hak asasi manusia, tanpa mengira bangsa dan agama – Lee Lam Thye

IMG-20200111-WA0022.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JAN: “Hak mendapatkan pendidikan merupakan hak asasi setiap manusia tanpa mengira bangsa dan agama mereka,”. Itu kata Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.

Menurut beliau, pendidikan yang dimaksudkan bukan sahaja daripada aspek akademik, tetapi juga pembentukan sikap dan sahsiah.

“Pendidikan yang menyeluruh penting supaya dapat melahirkan modal insan yang berkepimpinan dan berintegriti,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR dan PT3 Zon Selatan, di sini hari ini.

Advertisement

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Eco World berkata, walaupun ekonomi dalam keadaan tidak berapa baik, namun semua pihak perlu fokus dan serius mengenai pendidikan generasi muda.

“Yayasan Eco World misalnya sangat komited mengenai pendidikan terutamanya bagi mereka yang tidak bernasib baik melalui Program Bantu Pelajar Eco World.

“Walaupun kos yang ditanggung agak tinggi kerana menyalurkan bantuan pendidikan kepada kira-kira 3000 pelajar sekolah, namun program ini tetap diteruskan,” ujarnya.

Advertisement

Seramai 67 pelajar yang menerima bantuan Eco World telah berjaya melanjutkan pengajian ke universiti dimana 36 daripadanya telah berjaya menamatkan pengajian mereka.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top