BM | EN | 中文

“Pendekatan keseluruhan kerajaan dan masyarakat masih lagi strategi mampan tangani Covid-19”

liew_chin_tong_dap.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 JUL: Pendekatan keseluruhan kerajaan dan masyarakat masih lagi menjadi startegi mampan dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, isu “tangan kiri tidak tahu apa yang kanan tangan lakukan” adalah cerminan pemerintahan Perikatan Nasional.

Ujarnya, “persaingan” antara Menteri Kanan Azmin Ali dan Ismail Sabri berdasarkan kelulusan “pintu belakang-depan” dan sebaginya adalah gangguan dalam perlawanan menentang Covid-19.

Advertisement

Justeru itu kata Chin Tong, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu berhenti dari berdiam diri, memainkan peranan menjadi pihak yang boelh melaksanakan pendekatan “keseluruhan kerajaan dan masyarakat”.

“Semua kementerian harus berunding dan berkoordinasi sebelum mengumumkan keputusan.

“Rakyat tidak berminat dengan “ego” atau “peperangan birokrasi” antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan Majlis Keselamatan Negara.

Advertisement

“Mereka hanya ingin tahu keputusan kerajaan. Kerajaan Pusat juga perlu belajar dan melihat kerajaan negeri sebagai rakan kongsi, bukan musuh.

“Keputusan KKM untuk tidak berkongsi data Covid yang terperinci dengan kerajaan negeri Selangor sangat dikesali.

“Kecenderungan MKN dan menteri Ismail Sabri untuk mengabaikan negeri-negeri amat dikesali,” kata Chin Tong dalam catatannya di laman Facebook semalam.

Advertisement

Ujarnya, kerajaan negeri perlu diberi kuasa untuk membuat keputusan untuk mengadakan ‘lockdow’ dan keputusan berkaitan Covid, dan tidak membiarkan keputusan sewenang-wenangnya dari kerajaan pusat.

Manakala tambahnya lagi, klinik dan hospital swasta perlu menjadi bahagian penting dalam pertarungan melawan Covid-19 Malaysia sejak Mac 2020.

“Malangnya, ada kecenderungan KKM untuk mendominasi.

Advertisement

“Sudah tiba masanya untuk mengubah cara ini. Kita perlu mendapatkan pandangan pemimpin masyarakat seperti guru, imam, dan sebagainya untuk melawan salah maklumat dan mendaftarkan mereka untuk vaksinasi dan mengikuti SOP.

“Penyertaan mereka akan membantu membina rasa percaya dan semangau kebersamaan di dalam masyarakat,” ujar Chin Tong lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top