BM | EN | 中文

Pendapatan RM2,508 sebulan di Johor sudah dikategori miskin, kata Menteri Besar

Dr-Ir-Hasni-Mohammad.jpg

Datuk Ir Hasni Mohammad (Gambar Fail)

JOHOR BAHRU, 19 OGOS: Johor mencatatkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sebanyak RM2,508 sebulan bagi satu isi rumah dengan kadar lebih tinggi berbanding PGK nasional.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, PGK di Johor tidak sama dengan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia yang menetapkan PGK keseluruhan nasional adalah sebanyak RM2,208

“Ini bererti kos sara hidup di Johor adalah jauh lebih tinggi berbanding negeri lain.

“Kalau pendapatan isi rumah bawah RM2,208 sebulan di peringkat nasional dianggap miskin tetapi di Johor pendapatan RM2,208 satu isi umah sebulan sudah dianggap terlalu miskin.

“Pendapatan isi rumah RM2,508 sebulan masih lagi miskin di Johor Bahru,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Padanan Perniagaan di Antara Koperasi-koperasi, Venture Capital, GLC dan Bank-bank Tempatan di Malaysia Dengan Konsortium Penternak Ayam Muslim Berhad (KPAM) di Hotel Thistle kelmarin.

Hasni berkata, sehubungan itu kerajaan negeri akan melihat dan menilai perkara tersebut termasuk mengkaji langkah yang perlu dilakukan bagi membantu golongan berkenaan.

Pada masa sama, beliau bimbang apabila 39,000 individu hilang pekerjaan di daerah ini semasa awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala dianggarkan100,000 pekerja Malaysia di Singapura turut hilang kerja.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top