BM | EN | 中文

“Pendapatan masih belum stabil” – Pemandu teksi Muar

pemandu-teksi-muar-terkesan.jpg
Advertisement

MUAR, 2 NOV: Rata-rata pemandu teksi di daerah ini berkata, pendapatan mereka masih belum stabil meskipun selepas sektor ekonomi telah dibuka pada pelan pemulihan negara (PPN) fasa keempat, baru-baru ini.

Seorang pemandu teksi, Samsuddin Hussein, 67, berkata beliau dan rakan-rakannya masih terkesan akibat pandemik Covid-19 selepas kira-kira setahun enam bulan penutupan sektor ekonomi.

Tambahan pula katanya, kebanyakan penumpang teksi adalah dari kalangan pekerja warga asing, namun pendapatan mereka terjejas berikutan penutupan sektor perkilangan sebelum ini.

Advertisement

“Masalahnya teksi ini memang tak ada orang sangat. Lebih-lebih lagi musim Covid-19 ini dah dua tahun, memang tak ada orang.

“Senang cakap tak boleh keluar. Sebab kita punya penumpang kebanyakan orang asing. Orang asing ini banyak kerja kilang dekat Muar.

“Kilang tak berniaga (beroperasi) jadi dia (warga asing) pun tak boleh keluar. Dia pun tak ada duit. kita pun habislah begitu.

Advertisement

“Kalau untuk nak cari RM50 macam dulu itu, boleh dapat. Sekarang nak cari lima ringgit pun tak boleh,” kata Hussein yang telah memandu teksi selama 11 tahun.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Johorkini pada majlis serahan bakul makanan bersama empat Adun Pakatan Harapan (PH) Muar, di hentian teksi Maharani, baru-baru ini.

Hadir sama keempat-empat Adun dari daerah Muar itu termasuk Nor Hayati Bachok (Maharani) Datuk Seri Salahuddin Ayub (Simpang Jeram) dan Ng Yak Howe (Bentayan) dan Ysahrudin Kusni (Bukit Naning)

Advertisement

Pada majlis itu sebanyak kira-kira 100 bakul makanan diedarkan kepada para pemandu teksi dan pemilik kereta sewa di daerah Muar.

Tambah Samsuddin, bantuan diberikan oleh wakil rakyat sedikit sebanyak membantu meringankan beban para pemandu teksi dan kereta sewa di daerah Muar.

“Ya memang inilah kita minta bantuan, sebab kita memang tak ada apa-apa sumber.

Advertisement

“Kerajaan ada bagi RM500. YB-YB yang lain ada jugalah sebelum ini menyumbang, tapi tak boleh selalu.

Antara pemandu teksi dan pemilik kereta sewa yang menerima bantuan dari empat Adun PH daerah Muar, baru-baru ini

“Kita bersyukur dengan sumbangan walaupun sedikit, dapat meringankan beban kita. Kita tak ada apa pendapatan sebenarnya. Itu yang jadi masalah,” katanya lagi.

Sementara itu seorang lagi pemandu teksi, Mohd Sap Mohd Amin, 69, berharap agar isu pemandu teksi di Muar dibangkitkan oleh wakil rakyat di kawasan ini.

Advertisement

Katanya, antara punca pendapatan yang berkurangan berikutan kebanyakan penumpang kenderaan awam warga Malaysia amat jarang menggunakan perkhidmatan teksi.

“Setahun empat bulan orang tak keluar. Orang (warga) asing memang tak keluar. Dia kalau keluar tauke dah beri amaran. Kalau kau keluar kena tangkap aku tak jamin.

“Orang Malaysia pula tak ada naik teksi. Jarang,” katanya, menjelaskan isu pendapatan golongan sepertinya perlu dibela dan mendapat perhatian semua pihak.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top