BM | EN | 中文

Pendakwaan mohon tangguh perintah lucut wang RM1.59 juta BN Johor Bahru, Jakel Trading

1MDB-Najib-Jho-Low.jpg

Grafik Ehsan The Malaysian Reserve

Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 JUL: Pihak pendakwaan memohon untuk menangguhkan pelaksanaan perintah melucut hak wang Jakel Trading dan Barisan Nasional (BN) Johor Bahru berjumlah RM1.59 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi bulan lepas.

Wang itu disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jakel Trading dan BN Johor Bahru didakwa menerima wang itu daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, masing-masing berjumlah RM628,314 dan RM957,395.65.

Advertisement

Pada 9 Jun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang kedua-dua entiti itu.

Timbalan Pendakwa Raya Maziah Mohaide berkata pihaknya memfailkan permohonan penangguhan itu pada 30 Jun lalu sementara rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi didengar di Mahkamah Rayuan.

“Afidavit telah diserahkan kepada BN Johor Bahru pada 9 Julai manakala Jakel Trading pada 3 Julai,” katanya ketika ditemui selepas pengurusan kes dalam kamar Penolong Kanan Pendaftar Norazihah Asmun yang turut dihadiri peguam Nursyahirah Zulkifli mewakili BN Johor Bahru dan Thevini Nayagam mewakili Jakel Trading.

Advertisement

Maziah turut memaklumkan pengurusan kes ditetapkan bagi BN Johor Bahru dan Jakel Trading, masing-masing pada 7 Ogos dan 14 Ogos untuk menetapkan tarikh pendengaran permohonan pelaksanaan penangguhan tersebut.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top