BM | EN | 中文

PENCIPTA KLUANG MAN PULANG KE RAHMATULLAH

kluang-man.jpg

JOHOR BAHRU, 9 DIS: Tokoh penglipur lara animasi Malaysia, Kamaruddin Ismail atau dikenali sebagai Kamn Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4.15 petang semalam pada usia 63 tahun.

Menurut kenyataan laman media sosial Facebook Persatuan Animasi Malaysia (Animas), arwah yang juga pengasas Animasi Digital, pengarah animasi Usop Sontorian dan mencipta animasi Kluang Man.

“Arwah menghembuskan nafas terakhir pada 4.15 petang kerana serangan jantung setelah hampir dua bulan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Animasi beliau pernah dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik Festival Filem Malaysia 2004 dan 2005 melalui animasi Kumang Legenda Sarawak dan Animasi Legenda Kinabalu.

“Pada 2018, arwah telah dinobatkan sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada Malam Anugerah Kartunis 2018 di Muzium Negara,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Presiden Animas, Amir Hamzah melalui aplikasi sosial Youtube meluahkan kesedihannya atas kehilangan bakat besar dalam indistri animasi.

“Arwah merupakan guru kepada ramai animator di Malaysia dan juga pelopor animasi digital.

“Awal 90-an arwah telah memulakan animasi di Malaysia ketika animasi belum dikenali dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Amir bersama warga Animas juga mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan berharap agar urusan arwah dan keluarga dipermudahkan.

 

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top