BM | EN | 中文

Pencerobohan hutan bakal akibatkan air terjun Batu Kapal ‘hilang’

Khairuddin-Adun-Senggarang-Batu-Kapal.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 10 OGOS: Air terjun Batu Kapal di Kampung Petani disini yang sebelum ini menjadi tumpuan ramai dibiimbangi musnah sekiranya pencerobohan hutan di kawasan berhampiran berterusan.

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim, berkata sewaktu tinjauan dilakukan di kawasan berkenaan jelas terdapat pencerobohan hutan simpan oleh pemain industri berdekatan yang akan melenyapkan air terjun tersebut.

Katanya, adalah mendukacitakan apabila perkara tersebut telah diperjuangkan olehnya beberapa kali namun sehingga kini tiada tindakan berkesan untuk menangani masalah itu.

Advertisement

“Air terjun tersebut terletak di lereng Gunung Banang. Aliran airnya terus turun ke Kampung Petani, dan di situ terdapat perkampungan tradisi yang lama.

“Disebabkan pencerobohan hutan yang tidak terkawal oleh pemain-pemain industri, air terjun tersebut telah tidak dapat dikesan.
Air yang mengalir dari air terjun tersebut telah dikesan telah tercemar dan berbau busuk.

“Saya telah membawa perkara ini ke Sidang Dun Johor dan beberapa kali dalam Mesyuarat Tindakan Daerah. Sehingga kini seolah-olah perkara tersebut dipandang sebelah mata oleh pihak berkuasa,” jelasnya.

Advertisement

Beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor telah menyenaraikan beberapa cadangan untuk pemulihan semula.

“Air Terjun Batu Kapal perlu dipelihara, dijadikan tempat reakreasi dan dibuka untuk pengunjung.

Batu Kapal, di Batu Pahat

“Sekiranya tidak ia akan mengakibatkan kesan lain seperti pencemaran sungai dan alam sekitar akibat pencerobohan tanah yang tidak terkawal oleh pemain industri berdekatan yang tidak bertanggungjawab.

Advertisement

“Ia kerapkali menyebabkan pencemaran, bau busuk buangan dari kilang yang tidak dirawat ke saliran sungai yang melalui kampung tersebut.

“Cadangan saya bersama-sama penduduk untuk meminta ketegasan pihak berkuasa seperti Pejabat Hutan, Pejabat Tanah, Majlis Daerah, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, dan BAKAJ mengambil tindakan segera menutup premis industri yang ingkar,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top