BM | EN | 中文

PENCEMARAN UDARA: JAS GANTUNG LESEN KILANG PROSES MINYAK SAWIT DI JEMENTAH

Tan-Chen-Choon.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 SEPT: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor menggantung lesen operasi sebuah kilang memproses kelapa sawit di sempadan kawasan Kebun Baru-Jementah dekat Segamat kerana menyebabkan insiden pencemaran udara di kawasan sekitarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon, berkata, notis penggantungan lesen selama tiga bulan berkuatkuasa Rabu lalu dikeluarkan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Katanya, pemilik kilang turut diarah menyerahkan lesen asal dan jadual pematuhan kepada JAS dengan serta merta.

Advertisement

“Selain larangan menjalankan operasi kilang sepanjang tempoh penggantungan lesen, Majlis Daerah Tangkak turut menggantung lesen perniagaan kilang tersebut sehingga segala syarat dan peraturan pelesenan dipatuhi sepenuhnya,” katanya, lapor Bernama.

Tambah Chen Choon, Kerajaan Negeri tidak sesekali akan berkompromi dengan mana-mana pemain industri yang gagal mematuhi syarat pelesenan yang ditetapkan bagi memastikan tiada berlaku sebarang pencemaran.

“JAS bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan premis-premis industri di seluruh negeri bagi memastikan negeri tersebut bebas daripada pencemaran industri,” katanya lagi.

Advertisement

Sumber: Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top