BM | EN | 中文

Pencemaran Pasir Gudang: Cari jalan penyelesaian elak mudarat

jimmy-puah-hassan-karim.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 MAC: Kerajaan negeri digesa mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu pencemaran sungai dan udara yang melanda kawasan Pasir Gudang, di sini berpunca daripada pembebasan asap serta pembuangan sisa kilang tersebut sebelum terus berlarutan.

Gesaan itu disuarakan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jimmy Puah Wee Tse memandangkan kawasan industri di kawasan tersebut yang menempatkan kilang bagi industri berat dan industri kimia tidak tersusun.

Katanya, keadaan itu hanya mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar dan lebih membimbangkan memberi kesan kepada penduduk setempat sekiranya tidak ditangani sebaiknya.

Advertisement

“Sampai ke hari ini, kerajaan negeri masih berdiam diri dan tidak menyatakan perancangan mereka berhubung isu pencemaran di kawasan ini. Saya berpendapat perkara ini perlu diberikan keutamaan bagi memastikan pencemaran yang berlaku sebelum ini kembali berulang.

“Saya berpandangan, kerajaan negeri kena ada satu ‘blueprint’ dan kita tidak boleh lagi kumpulkan semua industri berat dan kimia di kawasan Pasir Gudang ini. Ini kerana discharge yang dihasilkan kilang ini menyebabkan sungai dan alam sekitar tercemar.

“Sekiranya tidak dapat memindahkan kilang-kilang di sini ke kawasan lain, jangan pula memberi ruang kepada kilang baharu untuk beroperasi di sini. Kita perlu memikirkan tempat baharu yang lebih sesuai untuk dijadikan kawasan industri di negeri ini,” katanya, lapor Utusan Online.

Advertisement

Beliau kepada pemberita ketika meninjau keadaan Sungai Kim Kim, di sini pada Sabtu.

Hadir sama Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan Ketua PKR Cabang Tebrau, Teoh Eng Yoon.

Wee Tse yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu berkata, kerajaan juga perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan kilang-kilang beroperasi di kawasan terbabit peraturan ditetapkan selain mengambil tindakan terhadap kilang yang beroperasi secara haram.

Advertisement

“Di Tanjung Langsat, Pasir Gudang, bukan hanya terdapat kilang-kilang besar sahaja malah ada juga kilang haram di kawasan tersebut yang tidak bertanggungjawab dalam menguruskan ‘discharge’ mereka.

“Saya amat berharap pihak kerajaan masa kini mengambil tahu tentang perkara ini selain menyediakan satu sistem yang lebih lengkap bagi menjaga sungai kita di sini,” katanya yang memberitahu terdapat 700 sungai di negeri ini yang tercemar.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top