BM | EN | 中文

PENCALONAN DARI BERJASA TUNJUK GABUNGAN UMNO PAS GAGAL DI AKAR UMBI

IMG-20191102-WA0035.jpg
Advertisement

PONTIAN, 2 NOV : Kehadiran calon dari Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dalam pertandingan enam penjuru Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai jelas menunjukkan gabungan UMNO-Pas hanya berjaya diperingkat atasan sahaja.

Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong berkata, keadaan yang berlaku itu sekali gus memperlihatkan bahawa kemungkinan besar anggota Pas menolak calon dari Barisan Nasional (BN).

“Kita dapat lihat pagi tadi ramai datang sokong calon Berjasa. Bukankah UMNO dan Pas bergabung. Keadaan ini membuktikan UMNO Pas bergabung hanya di peringkat atasan sahaja tetapi di akar umbi gabungan tidak berjaya.

Advertisement

“Perkara ini berlaku kemungkinan besar disebabkan anggota Pas tolak calon BN. Ia satu fakta bagus untuk kita PH masuk kawasan Melayu untuk berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Wanita PH dan Sukarelawan P156 Tanjung Piai yang disempurnakan Ketua Wanita PH Nasional, Zuraida Kamaruddin, hari ini.

Mengulas lanjut, Steven berkata, parti Gerakan yang turut menghantar calon dalam PRK itu dilihat tidak memberi kesan besar kepada undi di kawasan berkenaan.

Advertisement

“Kita dapati pengundi atas pagar di sini terdiri dari ramai anak muda. Di mana 80 peratus anak muda dari kaum Cina bekerja di Singapura.

“Biasa kalau PRK tidak ada insentif untuk mereka pulang mengundi. Kalau balik pun ada protes untuk undi Gerakan. Jadi pencalonan dari Gerakan kita tidak nampak kesan kerana tidak ramai akan balik mengundi,”katanya lagi.

Beliau juga mengajak semua jentera PH agar bersatu hati di mana ‘medan perang’ PRK kali ini tumpuannya adalah di kawasan Melayu susulan undi kurang yang diperolehi kerana pada PRU14 lalu.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top