BM | EN | 中文

Penantian lebih 30 tahun milik geran tercapai

dr.sahruddin-2.jpg

Dr Sahrudin bergambar bersama pada Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Peneroka Felda Lok Heng Selatan

Advertisement

KOTA TINGGI, 20 JAN : Penantian lebih 30 tahun peneroka di Felda Lok Heng Selatan, di sini untuk memiliki geran hak milik tanah akhirnya tercapai melalui Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Peneroka Felda Lok Heng Selatan, hari ini.

Bagi peneroka, Mahmood Satari, 67 berkata, beliau merupakan generasi pertama yang menantikan detik-detik itu sejak sekian lama.

Mahmood Satari

“Alhamdulilah sudah lama tunggu. Proses susah hendak dapatkan geran, cuma baru-baru ini mudah sikit.

Advertisement

“Apa menyedihkan ada dikalangan kawan-kawan ramai tidak sempat ambil hak milik geran ini namun syukur kerana akhirnya kami yang masih hidup sempat mengambilnya,” katanya.

Majlis tersebut disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Bagi penerokawati, Sabariah Ludin, 57 pula berkata, meskipun arwah suaminya tidak sempat untuk mengambil geran hak milik itu namun dia bersyukur kerana akhirnya hasrat suaminya itu tercapai.

Advertisement

Sabariah Ludin

Katanya, dia dan arwah suaminya yang baru meninggal dunia empat tahun lalu masuk ke Felda itu pada tahun 1988.

“Alhamdulillah proses untuk mendapatkan geran hak milik ini sejak tahun lepas lebih mudah. Setiap peneroka yang masuk Felda memang itulah harapannya mahukan geran hak milik tanah.

“Tambahan pula tiap-tiap bulan gaji kami dipotong untuk geran ini. Ini semua untuk anak cucu kami generasi akan datang juga,”katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top