BM | EN | 中文

PENANTIAN 40 TAHUN BERAKHIR, 162 PENDUDUK KG SENTOSA TERIMA NOTIS 5A

IMG-20191014-WA0001.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 14 OKT: Selepas menanti lebih 40 tahun, seramai 162 pemohon tanah rumah dari gugusan Kampung Sentosa, di sini mampu melakarkan senyuman selepas menerima notis borang 5A yang diserahkan dalam satu majlis di kampung tersebut, semalam.

Lebih bermakna, bayaran premium bagi tanah tersebut diberikan diskaun sebanyak 50 peratus, selepas penilaian dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam ucapannya berkata, melalui penyerahan borang tersebut, ia bukti jelas kerajaan negeri Johor tidak membuat janji kosong seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Advertisement

“Rumah adalah keperluan asas manusia. Dimana jua kita bermastautin, sejauh mana kita menjelajah mencari rezeki, rumah tetap menjadi instrumen penting dalam kehidupan.

“Rumah merupakan pelindung untuk kita dan keluarga selepas lelah seharian membanting tulang. Itulah pentingnya rumah dalam kehidupan kita.

“Ia menjadi lambang kesejahteraan sesebuah masyarakat dan penanda aras bagi sesebuah negara yang merdeka,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan notis 5A kepada penduduk padang Kampung Sentosa, Pasir Gudang, hari ini.

Dari keseluruhan 162 pemohon, 16 daripadanya adalah dari Kampungg Sentosa Persiaran 1, Kampungg Sentosa Persiaran 2 ( 37 pemohon), Kampungg Sentosa Persiaran 3 (21 pemohon), Kampung Sentosa Barat (34 pemohon) dan Kampung Sentosa Damai (54 pemohon).

Difahamkan, tanah yang diluluskan kerajaan Johor melalui 162 perohonan tersebut seluas kira-kira 39.4 dan terletak dalam mukim Plentong.

Advertisement

Kampung Sentosa dibuka pada tahun 1970 dan majoriti penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

Dalam pada itu, Dr Sahruddin berkata, keperluan memiliki rumah bukan sekadar untuk dilihat dari sudut pandang pertumbuhan ekonomi semata-mata, malah ianya merupakan tangungjawab manusiawi.

“Penyediaan rumah kepada rakyat Johor akan terus menjadi agenda penting dalam pentadbiran kerajaan negeri,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top