BM | EN | 中文

PENANTIAN 30 TAHUN BERBALOI

ketua-kampung-sri-lalang.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 SEPT : “Akhirnya penantian kami selama 30 tahun berbaloi,” ujar Yaakob Ahmadi dengan linangan air mata.

Yaakob yang tidak dapat menahan sebaknya merupakan salah seorang daripada 512 penerima hak milik tanah dalam Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah dari tiga kampung di Dewan Raya Kampung Parit Hassan, Simpang Renggam, petang tadi.

Ia membabitkan Kampung Haji Hamzah sebanyak 260 penerima, Kampung Paya Haji Basri (260 penerima) dan Kampung Sumber Jaya serta (85 penerima) yang mana merangkumi tanah seluas 877.48 hektar.

Advertisement

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri yang membantunya serta penduduk kampung lain memiliki hak milik tanah sendiri.

“Kami hampir berputus asa sebelum ini, syukur rezeki berpihak kepada kami akhirnya,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Misjah Kidin berkata, berita gembira ini amat ditunggu-tunggu kerana isu pemilikan tanah ini berlanjutaj hampir tiga generasi ini

“Berita ini amat melegakan kami sekeluarga. Geran tanah ini telah dipohon sejak dari arwah suami hidup lagi.

“Terima kasih sangat kepada kerajaan negeri yang bersungguh-sungguh membantu kami,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Zainudin Atan berkata, walaupun kerajaan Pakatan Harapan baharu mengambil alih tampuk pemerintahan, tetapi mereka berjaya menyelesaikan isu ini.

“Sebelum ini, isu tanah ini tiada hitam dan putih, tetapi kerajaan PH berjaya selesaikan. Syukur sangat,” katanya yang juga Ketua Kampung Sri Lalang.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top