BM | EN | 中文

Penangguhan solat Jumaat dan fardu di masjid seluruh Johor dilanjut ke 31 Mac

Pelanjutan-tangguh-solat-jumaat-fardu-dijohor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 MAC: Kerajaan Johor melanjutkan penangguhan solat fardu lima waktu, solat Jumaat dan sebarang aktiviti di masjid, surau dan musolla di negeri ini sehingga 31 Mac 2020.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Rofiki Samsudin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Mohd Noh Ibrahim, semalam.

“Berdasarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mencegah penularan jangkitan Covid-19 bermula 18 hingga 31 Mac 2020 sebagaimana keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan laporan peningkatan penularan kes Covid-19 di Malaysia amnya dan di negeri Johor khususnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta merujuk kepada kenyataan media pihak kami bertarikh 1 Mac 2020, adalah dengan ini dimaklumkan tarikh penangguhan solat Jumaat, solat berjemaah lima waktu dan apa jua aktiviti di semua masjid, surau dan musolla di negeri Johor dilanjutkan sehingga waktu Isyak hari Selasa, 6 Syaaban 1441 Hijriaj bersamaan 31 Mac 2020, atau mengikut apa-apa ketetapan yang diputuskan oleh kerajaan Malaysia dari masa ke semasa,” kenyataan tersebut dipetik.

Advertisement

Justeru itu, semua pihak yang terlibat dengan pengurusan masjid, surau dan musolla seperti ahli jawatankuasa masjid dan pegawai masjid negeri Johor secara amnya hendaklah mematuhi arahan tersebut.

“Marilah kita bersatu hati merafakkan doa semoga wabak Covid-19 ini segera berakhir dan negeri kita beroleh perlindungan Alah SWT daripada segala wabak dan bencana,” tambah kenyataan tersebut.

Terdahulu pada 16 Mac, kerajaan Johor menetapkan semua masjid, surau dan musolla di negeri ini untuk melaksanakan operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah-langkah kawalan bagi mengelakkan jangkitan virus Covid-19.

Advertisement

Semua masjid, surau dan musolla di negeri ini mempunyai masa selama sepuluh (10) hari sehingga 26 Mac 2020 untuk melakukan operasi pembersihan tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top